Details
HARGA PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi berserta 20kg bagasi.
- Penginapan hotel bertaraf 3 bintang berserta sarapan pagi.
- Tiket lawatan seperti yang tertera dalam jadual.
- Pengangkutan bas/van persiaran berhawa dingin.
- Pemandu pelancong (driver cum guide) berbahasa melayu/inggeris.
- Upah (tipping) pemandu pelancong.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Travel & Covid 19 Insurans
- Pengangkutan, kos pemandu pelancong,pada hari ke 3.
- Tour leader – Ketua rombongan (digantikan dengan wakil di Kota Kinabalu).
- Kos Makan tengahari dan malam kecuali dinyatakan (anggaran RM10-RM15 sekali makan)
- Tiket lawatan – Canopy walk: MYR 10 sorang.
- Kos Caj Extra Untuk Rakyat Bukan Malaysia.
HARI 1
KUALA LUMPUR- KOTA KINABALU-KUNDASANG
Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat dan bergerak ke Menara Yayasan Sabah (juga dikenali Menara Tun Mustapha). Kemudian melawat dan Masjid Terapung yang terkenal kerana kelihatan seolah terapung dipermukaan air. Singgah di Jambatan Tamparuli yang merupakan simbolik pekan Tamparuli. Selepas itu, bertolak terus ke Kundasang (2 jam). Singgah sebentar di Pekan Nabalu sebelum dibawa ke Pekan Kundasang dan check in di penginapan.
HARI 2
KUNDASANG-KOTA KINABALU (SP)
Sarapan pagi. Anda akan dibawa melawat Desa Cattle Farm yang dipanggil New Zealand Sabah kerana pemandangannya. Seterusnya, melawat ke Sabah Tea Garden dan Luanti Fish Spa untuk pengalaman Spa ikan di sungai nyaman. Anda juga akan melawat Poring Hot Spring /Kinabalu National Park - Canopy Walk(optional) di hutan Kinabalu sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Setelah tiba di Kota Kinabalu, anda akan dibawa makan malam Seafood di Restoran Waterfront (optional). Check in di penginapan.
HARI 3
KOTA KINABALU (SP)
Sarapan pagi dan aktiviti bebas. Anda juga boleh pilih untuk optional tour untuk perjalanan seharian anda.
HARI 4
KOTA KINABALU- KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi. Checkout penginapan dan anda akan dibawa ke Pasar Filipin serta Jamilah Jewellery untuk pembelian cenderamata. Singgah di KK Chocolate House dan D’Ita Kek Lapis(optional) sebelum bertolak ke Lapangan terbang kota kinabalu
View more about Kundasang on main site