Details
5H4M HANOI + SAPA + MOUNT FANSIPAN
TERMASUK | TIDAK TERMASUK |
|
|
JADUAL PERJALANAN
HARI 1
Kuala Lumpur - Hanoi
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi.
Lawatan di Hanoi:
- Melawat ke pusat bandar Hanoi dan berhenti bergambar di bangunan bersejarah iaitu Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan O Quan Chuong Gate.
- Old Quarter (36 Ancient Streets): Jalan bersejarah yang menjual pelbagai kraftangan tempatan. Setiap jalan di sini menjual produk unik yang berbeza dengan kedai dari jalan yang lain.
- Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market: Ditubuhkan sejak tahun 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang dijual di sini adalah buah-buahan segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah.
- Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi yang merupakan satu-satunya masjid yang ada di Hanoi.
- Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street. Ia juga kaya dengan aroma masakan dari gerai jalanan, aktiviti dan juga keunikan rekaan bangunannya. Anda juga boleh menaiki beca untuk mengelilingi kawasan ini atas tanggungan sendiri.
Bermalam di Hanoi
HARI 2
Hanoi - Sapa
Lawatan di Sapa:
HARI 2
Hanoi - Sapa
Lawatan di Sapa:
- Melawat ke Lao Chai Village yang merupakan perkampungan indah yang dikelilingi kawasan pergunungan dan sawah padi.
- Melawat ke satu pemandangan yang sinonim Sapa iaitu Muong Hoa Valley yang mempunyai keluasan sawah padi terbesar di daerah ini. Ia juga merupakan kawasan penempatan etnik Hmong, Tay dan Red Dao. Dengan suasana kehijauan yang menyegarkan mata, keunikan rupa bumi di sini mencuri perhatian para pengkaji dunia termasuklah dari Russia dan Perancis.
- Melawat ke Black H’mong Village of Lao Chai yang merupakan perkampungan etnik minoriti di Vietnam dan melawat ke Ta Van Village iaitu perkampungan kepada pelbagai kumpulan etnik, kebanyakkannya adalah orang Hmong dan kumpulan etnik Giay. Bermalam di Sapa
HARI 3
Sun World Fansipan Mt - Cat Village
Melawat ke gunung terkenal Vietnam iaitu Mt. Fansipan
Sun World Fansipan Mt - Cat Village
Melawat ke gunung terkenal Vietnam iaitu Mt. Fansipan
- Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini boleh ditakluk dalam masa 10– 12 jam oleh para pendaki gunung yang handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik.
- Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama 15 minit, kemudian menaiki keretapi untuk sampai ke puncak Mt. Fansipan.
- Masa bebas untuk berfoto di Sapa Square dan Sun Plaza.
- Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang mempamerkan peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat.
- Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall.
Bermalam di Sapa
HARI 4
Sapa - Vietnam/Chinese Border - Hanoi
Lawatan di Hanoi:
HARI 4
Sapa - Vietnam/Chinese Border - Hanoi
Lawatan di Hanoi:
- Berhenti di bandar Lao Cai dan bergambar di Border Markers No. 102 yang merupakan sempadan negara antara Vietnam (Lao Cai) dan China (Hekou). Laluan sempadan ini biasanya digunakan sebagai medium pengangkutan barang antara dua negara Vietnam dan China.
- Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street.
Bermalam di Hanoi
HARI 5
Hanoi - Kuala Lumpur
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
HARI 5
Hanoi - Kuala Lumpur
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
HOTEL PENGINAPAN | 3* Hotel | |
BANDAR | HOTEL / SETARAF | BIL.MALAM |
Hanoi Sapa |
Moon View Hotel Lacasa Sapa Hotel |
2 Mlm 2 Mlm |
PERBEZAAN WAKTU |
GMT+7 |
Vietnam Dong VND 100,000 |
= Ringgit Malaysia MYR20.00 |
View more about 5H4M HANOI + SAPA + MOUNT FANSIPAN on main site